Semakan Perlindungan Takaful Percuma

Dah ada coverage. Tapi cukup dan sesuai ke?

Baru nak ambil takaful atau dah ada pelan sendiri? Saya bantu anda faham perlindungan yang ada, perkara yang perlu disemak dan pilihan yang sesuai dengan keperluan serta bajet anda.

Saya sasarkan untuk membalas dalam 1 hari bekerja.

Semakan awal percumaTiada obligasi untuk memohonBuat keputusan bila anda bersedia
Mencari perlindungan untuk kakitangan? Lihat pilihan untuk syarikat.
Individu & Keluarga
Lindungi diri, pasangan dan anak-anak
Semakan coverage percuma ikut gaji, tanggungan dan bajet sebenar anda.
Lihat perlindungan →
Syarikat & Majikan
Medical card dan perlindungan untuk kakitangan
Kongsi bilangan staf, julat umur dan bajet. Kita semak pilihan yang sesuai untuk syarikat.
Lihat pelan korporat →
Diha Syahana, Life Planner
Kenali Perancang Anda

Hai, saya Diha.

Saya bantu individu dan keluarga memahami pilihan takaful, daripada medical card dan penyakit kritikal hingga perlindungan untuk keluarga.

Anda tak perlu terus tahu pelan mana nak ambil. Kita boleh mula dengan satu soalan, atau semak dulu apa yang anda dah ada. Kalau coverage sedia ada dah sesuai, Alhamdulillah. Kalau ada yang perlu diperbaiki, sekurang-kurangnya anda tahu pilihan yang ada.

Life Planner, AIA PUBLIC Takaful Bhd.KL Synergy PartnersLife Planner sejak 2024
Faham Fungsi Setiap Perlindungan

Keperluan berbeza. Fungsi perlindungan pun berbeza.

Medical card, penyakit kritikal dan hibah takaful membantu dalam situasi yang berbeza. Kita semak apa yang anda perlukan dan apa yang dah ada, kemudian susun keutamaan ikut kemampuan anda. Anda tak semestinya perlukan semua pilihan ini.

Untuk Perbelanjaan Perubatan

Medical Card

Membantu menampung perbelanjaan hospital dan rawatan yang layak mengikut pelan anda. Kemasukan secara cashless tidak semestinya bermaksud semua kos ditanggung.

Perkara yang boleh kita semak
  • Had tahunan, kelayakan bilik & hospital panel
  • Deduktibel, ko-bayaran & kos yang tidak dilindungi
  • Coverage majikan bila pekerjaan berubah
  • Kesesuaian caruman dengan bajet

Manfaat dan kelayakan bergantung pada pelan, terma sijil serta penilaian tuntutan.

Individu · Anak · KakitanganSemak Medical Card Saya →
Untuk Komitmen Semasa Pemulihan

Penyakit Kritikal

Bayaran tunai sekali gus apabila keadaan yang dilindungi memenuhi definisi dan syarat tuntutan. Boleh membantu perbelanjaan rumah dan komitmen bulanan sepanjang pemulihan.

Perlu tahu
  • Fungsinya berbeza daripada medical card
  • Bukan pengganti gaji secara automatik
  • Kita mula dengan komitmen, tanggungan & manfaat sedia ada

Jenis penyakit, tahap yang dilindungi, tempoh menunggu dan pengecualian bergantung pada pelan.

Pencari nafkah · Pekerja · UsahawanSemak Perlindungan Penyakit Kritikal →
Untuk Perancangan Keluarga

Hibah Takaful

Melalui penamaan hibah bersyarat yang sesuai, manfaat kematian boleh dibayar kepada penerima yang ditetapkan, tertakluk kepada terma sijil, dokumen dan penilaian tuntutan.

Perkara yang boleh kita bincangkan
  • Komitmen & keperluan kewangan keluarga
  • Perbezaan wasi dan penerima hibah bersyarat
  • Dokumen yang keluarga perlu tahu

Hibah takaful tidak mengurus akses kepada semua aset secara automatik. Urusan pusaka dan aset lain mungkin memerlukan bantuan profesional berkaitan.

Suami · Isteri · Ibu bapaFahami Hibah dan Penamaan →
Untuk Perancangan Jangka Panjang

Takaful Berkaitan Pelaburan

Menggabungkan perlindungan dengan pendedahan kepada pelaburan. Sebelum komited, faham dulu ke mana caruman anda pergi.

Perkara yang perlu disemak
  • Peruntukan caruman & caj yang dikenakan
  • Manfaat dijamin vs nilai tidak dijamin
  • Kesan jika pelan dihentikan lebih awal

Pulangan pelaburan tidak dijamin. Nilai serahan awal mungkin lebih rendah daripada caruman yang dibayar. Ini bukan akaun simpanan bank.

Ibu bapa · Bakal haji · PersaraanTerangkan Pelan dan Risikonya →
Contoh Untuk Memudahkan Perbandingan

Lihat contoh. Kemudian semak ikut keadaan anda.

Contoh di bawah membantu anda memahami bagaimana manfaat dan caruman boleh disusun. Ia bukan sebut harga peribadi atau jaminan kelulusan. Caruman dan kelayakan anda bergantung pada profil, manfaat yang dipilih serta penilaian pengunderaitan.

Wanita, 29 tahun

Medical Card

RM3,000,000had tahunan, tiada had seumur hidup
RM328.71/ bulan
Ganjaran RM2,500 setahunganjaran dikreditkan ke Health Wallet bagi tahun tanpa tuntutan
  • Bilik RM300 sehari, kemasukan cashless di hospital panel untuk rawatan yang layak
  • Pembedahan dan rawatan wad yang layak, tertakluk kepada had pelan
  • Termasuk perlindungan kematian & hilang upaya

Syarat utama: deduktibel RM500 setahun. Ganjaran Health Wallet untuk kegunaan yang dibenarkan pelan, bukan bayaran tunai bebas guna; dikreditkan maksimum 10 kali.

Minta Ilustrasi Ikut Profil Saya →
Lelaki, 25 tahun

Penyakit Kritikal

RM100,000dilindungi sehingga umur 70
RM73.17/ bulan
  • Tunai sekali gus untuk 75 penyakit kritikal tahap lanjutan
  • Faedah penjaga RM3,000
  • Bonus tunai tahunan sehingga 15% caruman bagi ahli program kesihatan

Syarat utama: bayaran tertakluk kepada definisi penyakit, tempoh menunggu, pengecualian dan syarat tuntutan. Bonus tunai bergantung pada penyertaan program kesihatan.

Minta Ilustrasi Ikut Profil Saya →
Lelaki, 40 tahun

Hibah Takaful

RM500,000dilindungi 20 tahun, bayar 20 tahun
RM199.73/ bulan
  • Manfaat kepada penerima hibah yang dinamakan
  • Tambahan RM15,000 untuk urusan harta pusaka
  • RM1 juta jika meninggal semasa haji atau umrah
  • RM500,000 jika hilang upaya kekal

Syarat utama: semak bentuk penamaan yang sesuai. Pembayaran manfaat tertakluk kepada terma sijil dan penilaian tuntutan.

Minta Ilustrasi Ikut Profil Saya →
Lelaki, 30 tahun

Takaful Berkaitan Pelaburan

RM120,000jumlah caruman dalam 20 tahun
RM500/ bulan
Unjuran nilai matangRM143,555 hingga RM169,058andaian pulangan 2% hingga 5% setahun, tidak dijamin
  • Ganjaran simpanan RM360 setiap tahun, bermula tahun ke-2
  • Booster simpanan berjumlah RM48,000
  • Perlindungan kematian & hilang upaya

Syarat utama: jumlah caruman bukan jaminan nilai matang atau nilai serahan. Pulangan pelaburan tidak dijamin. Semak caj, risiko dan kesan penamatan awal.

Minta Penerangan dan Ilustrasi →

Leret untuk lihat contoh lain →

Profil di atas ialah andaian ilustrasi. Contoh tertakluk kepada andaian ilustrasi yang dinyatakan. Manfaat, caj, caruman dan kelayakan perlu dirujuk pada dokumen produk semasa. Terma, syarat, pengecualian dan penilaian pengunderaitan terpakai. Unjuran nilai berdasarkan ilustrasi rasmi dengan andaian pulangan 2% dan 5% setahun; nilai sebenar boleh lebih rendah.

Poster Pakej

Nak bincang dengan pasangan atau keluarga dulu? Boleh.

Simpan penerangan ini sebagai bahan perbincangan. Tekan poster untuk lihat saiz penuh. Bila ada soalan, anda boleh tanya saya melalui WhatsApp.

Medical Card

Contoh had tahunan RM3 juta, ganjaran RM2,500 ke Health Wallet bagi tahun tanpa tuntutan.

Tanya Harga Ikut Umur →

Hibah Takaful

Manfaat kematian kepada penerima hibah yang dinamakan, tertakluk kepada terma sijil dan penilaian tuntutan.

Tanya Harga Ikut Umur →

Medical Card Untuk Staf

Untuk SME dan syarikat. Hantar bilangan staf, saya sediakan sebut harga.

Minta Sebut Harga →

Leret untuk lihat poster lain →

Poster ialah ringkasan. Rujuk dokumen produk untuk manfaat, syarat dan pengecualian penuh.

Realiti Hari Ini

Sakit tak tunggu kita bersedia.

1 / 8
rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser sebelum umur 75 tahun.

Bila sakit datang, dua soalan biasanya timbul.

Siapa bayar bil hospital? Itu fungsi medical card, mengikut had dan terma pelan.

Siapa tanggung komitmen bulanan semasa pulih? Di situ perlindungan penyakit kritikal boleh membantu.

Semakan membantu anda tahu bahagian mana yang dah ada, dan bahagian mana yang belum.

Sumber: Ringkasan Laporan Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia 2017 hingga 2021, Institut Kanser Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia. Risiko sepanjang hayat sebelum umur 75 tahun.

Memahami Proses Tuntutan

Lihat contoh tuntutan dan bagaimana manfaat digunakan.

Contoh daripada rangkaian agensi membantu anda memahami bagaimana tuntutan dinilai dan manfaat digunakan dalam keadaan tertentu. Setiap kes berbeza. Contoh ini tidak menjamin tuntutan lain akan menerima keputusan atau amaun yang sama.

Manfaat Tunai Dibayar2024
RM2,000,263
Penyakit Kritikal

Bayaran tunai sekali gus selepas tuntutan diluluskan, dikreditkan ke akaun klien.

Bil Akhir Diselesaikan2026
RM120,033
Strok · 22 hari di wad

Bil hospital RM121,001. RM120,033 diselesaikan melalui tuntutan, baki dibayar sendiri.

GL Diluluskan2025
RM95,884
Jantung & Buah Pinggang

Surat jaminan (GL) diluluskan untuk rawatan dan dialisis klien. Amaun GL bukan bil akhir.

Bil Akhir Diselesaikan2026
RM7,577
Ligamen Lutut Koyak

3 hari 2 malam di wad. Bil diselesaikan melalui tuntutan, klien bayar deduktibel RM300.

Leret untuk lihat contoh lain →

“Nasib baik untuk dialisis ada 150k, bayar dari claim.”

Klien, tuntutan dialisis

“Alhamdulillah tak perlu operation, just treatment injection. Hospital baru apply GL untuk rawatan esok.”

Klien, tuntutan ligamen lutut

Contoh daripada rangkaian agensi KL Synergy Partners, bukan semuanya kes yang diurus sendiri oleh Diha. Nama, nombor sijil dan maklumat peribadi telah disembunyikan. Keputusan tuntutan bergantung pada terma sijil, kelayakan manfaat, dokumen sokongan dan penilaian pengendali takaful. Kelulusan GL bukan bukti bahawa bil akhir telah dibayar.

Perlindungan Kakitangan

Nak semak pilihan perlindungan untuk staf?

Kongsi bilangan kakitangan, julat umur dan bajet syarikat. Kita boleh semak pilihan manfaat yang sesuai untuk dibincangkan dengan pihak pengurusan.

Kakitangan lebih tenang bila bil hospital tidak lagi jadi kerisauan.
Pakej faedah lebih kompetitif semasa merekrut dan mengekalkan staf.
Bajet lebih mudah dirancang berbanding menanggung bil perubatan secara ad hoc.
1
Kongsi maklumat asas
Bilangan kakitangan, julat umur dan bajet syarikat.
2
Cadangan & sebut harga
Pilihan pelan yang sesuai, diterangkan dengan jelas kepada pengurusan.
3
Pendaftaran kakitangan
Saya bantu proses pendaftaran mengikut keperluan pelan dan dokumen yang diperlukan.
4
Sokongan berterusan
Bantuan untuk pertanyaan, penambahan staf dan panduan tuntutan. Skop bantuan diterangkan sebelum anda setuju.

Medical card kakitangan

Kemasukan wad dan pembedahan yang layak, mengikut had dan terma pelan.

Perlindungan hayat

Pampasan kepada keluarga kakitangan jika berlaku kematian atau hilang upaya.

Perlindungan kemalangan

Lindungan kemalangan diri untuk kakitangan, di tempat kerja atau di luar.

Panduan pentadbiran

Bantuan untuk pendaftaran, perubahan staf dan pertanyaan tuntutan. Skop bergantung pada pelan.

SME & startupKlinik & farmasiSekolah & tadikaKontraktorAgensi & firmaPeruncitan & F&B

Kelayakan, manfaat dan bilangan minimum kakitangan bergantung pada pelan. Sebut harga disediakan selepas maklumat yang diperlukan diperoleh.

Tentang Kami

Dibimbing oleh pasukan yang anda boleh percaya.

Anda berurusan terus dengan perancang yang dikenali, disokong oleh agensi dan pemimpin yang berpengalaman.

Perancang Anda
Diha Syahana
Life Planner
AIA PUBLIC Takaful
★ 15 tahun industri servis
Diha Syahana, Life Planner AIA PUBLIC Takaful

Sebelum takaful, saya sudah 15 tahun dalam industri servis melalui agensi penjenamaan saya, membantu syarikat dan usahawan dengan keperluan yang berbeza-beza. Dari situ saya belajar satu perkara: klien perlukan seseorang yang benar-benar mendengar, dan terus ada selepas urusan selesai.

Prinsip yang sama saya bawa ke takaful. Saya bantu individu, keluarga dan syarikat mendapatkan perlindungan yang tepat, supaya masa depan dan perancangan kewangan mereka terjaga, dan mereka tidak perlu risau tentang jurang perubatan dan kewangan bila sesuatu berlaku.

Servis tidak berhenti selepas pelan diluluskan. Di situ sebenarnya ia bermula.— Diha Syahana
Life Planner sejak 2024Individu & korporat
15 tahunpengalaman menjaga klien
170K+bacaan Threads sebulan
Ketua Agensi
Afidah Abd Rahim
Unit Manager
KL Synergy Partners
★ Elite Premier Leader Pro
Afidah Abd Rahim, Unit Manager KL Synergy Partners
Agensi & Kepimpinan
KL Synergy Partners

KL Synergy Partners merupakan perunding kewangan patuh Syariah yang menyediakan penyelesaian perancangan kewangan Islam secara menyeluruh, membantu individu, keluarga dan pemilik perniagaan membina, melindungi serta mengembangkan kekayaan.

Dengan integriti dan kepakaran profesional, kami komited merancang perlindungan, pelaburan dan pewarisan harta bagi memastikan kestabilan kewangan serta kelangsungan legasi untuk generasi akan datang.— Afidah Abd Rahim, Unit Manager
9 tahunberoperasi
12perancang dalam pasukan
500+klien dilindungi
Pengiktirafan
Elite Premier LeaderElite Premier Leader ProElite Recruiter
Pendidikan Takaful

Faham dulu, baru buat keputusan.

Penerangan ringkas tentang medical card, penyakit kritikal dan perlindungan keluarga. Mulakan dengan topik yang paling dekat dengan soalan anda.

Kenapa hospital kerajaan sentiasa penuh♪ TikTok
37K tontonanKenapa hospital kerajaan sentiasa penuhTonton di TikTok →
Medical card atau penyakit kritikal? Jawapannya dua-dua♪ TikTok
16K tontonanMedical card atau penyakit kritikal? Jawapannya dua-duaTonton di TikTok →
Pelan takaful mana yang sesuai♪ TikTok
6.2K tontonanPelan takaful mana yang sesuai untuk andaTonton di TikTok →

Angka tontonan dan bacaan setakat November 2026.

Mula Dengan Perkara Asas

Tak perlu terus pilih pelan.

01

Kongsi apa yang anda nak faham

Medical card, penyakit kritikal, hibah atau coverage sedia ada. Kalau belum pasti, kita boleh mula dari situ.

02

Semak maklumat yang berkaitan

Untuk semakan lebih terperinci, saya mungkin perlukan maklumat tentang perlindungan, komitmen dan tanggungan anda. Saya akan terangkan tujuannya sebelum anda berkongsi.

03

Faham pilihan, kemudian tentukan langkah seterusnya

Saya terangkan perkara yang perlu diberi perhatian dan pilihan yang boleh dipertimbangkan. Anda boleh tanya dulu dan buat keputusan bila bersedia.

Semakan awal memberikan gambaran berdasarkan maklumat yang dikongsi. Cadangan peribadi dan sebut harga mungkin memerlukan maklumat lanjut.

✓

Semakan awal percuma

Tiada bayaran untuk semakan awal dan penerangan.

✓

Tiada obligasi untuk memohon

Kalau coverage anda dah sesuai, saya akan beritahu.

✓

Tiada dokumen sensitif untuk mula

Tak perlu nombor kad pengenalan, maklumat akaun atau rekod perubatan untuk pertanyaan awal.

Soalan Lazim

Soalan yang selalu ditanya.

Tak jumpa jawapan? Tanya terus melalui WhatsApp.

Lepas semakan, saya wajib ambil pelan ke?

Tidak. Semakan awal membantu anda memahami perlindungan dan perkara yang boleh dipertimbangkan. Anda tentukan sama ada nak teruskan atau tidak.

Saya dah ada takaful. Perlu tambah lagi ke?

Tak semestinya. Kita semak dulu manfaat, had dan keperluan anda. Kalau perlindungan sedia ada dah sesuai, mungkin tiada keperluan untuk menambah pelan.

Saya dah ada medical card majikan. Masih perlu semakan?

Semakan boleh membantu anda memahami manfaat, had dan syarat perlindungan tersebut. Apa yang berlaku apabila pekerjaan berubah bergantung pada skim majikan. Kita semak maklumat sebenar sebelum bincang pilihan tambahan.

Harga saya sama macam contoh dekat website ke?

Belum tentu. Caruman bergantung pada profil, manfaat yang dipilih dan penilaian pengunderaitan. Contoh di laman membantu perbandingan awal; ilustrasi untuk anda perlu dibuat berdasarkan maklumat yang berkaitan.

Kalau masuk hospital, semua bil ditanggung ke?

Tidak semestinya. Ia bergantung pada rawatan yang layak, had manfaat, deduktibel atau ko-bayaran, tempoh menunggu, pengecualian dan penilaian tuntutan. Saya boleh bantu anda faham perkara yang perlu diperiksa dalam dokumen pelan.

Apa maklumat yang saya perlu bagi untuk mula?

Anda boleh mula dengan soalan dan jenis perlindungan yang nak difahami. Untuk semakan terperinci, saya akan terangkan maklumat tambahan yang diperlukan dan tujuannya. Tak perlu hantar dokumen pengenalan atau rekod perubatan untuk pertanyaan awal.

Semakan ini ambil masa berapa lama?

Saya sasarkan balasan awal dalam 1 hari bekerja. Semakan lanjut atau penyediaan sebut harga mungkin mengambil masa tambahan, bergantung pada maklumat yang diperlukan.

Pelan berkaitan pelaburan ini sama macam akaun simpanan ke?

Tidak. Ia menggabungkan perlindungan takaful dengan pelaburan dan melibatkan caj serta risiko. Pulangan tidak dijamin, dan nilai serahan awal mungkin lebih rendah daripada caruman yang dibayar. Semak dokumen produk sebelum membuat keputusan.

MajikanSyarikat kami kecil. Boleh ambil pelan berkelompok?

Boleh dibincangkan. Kita mula dengan bilangan kakitangan, julat umur dan bajet. Kelayakan, manfaat dan bilangan minimum kakitangan bergantung pada pelan.

Bagaimana maklumat saya digunakan?

Maklumat digunakan untuk menjawab permintaan dan mengurus semakan anda. Sila baca Notis Privasi untuk penerangan tentang pemprosesan, penyedia perkhidmatan, pendedahan yang berkaitan dan cara menghubungi saya berkenaan data anda.

Ada Soalan? Mula Di Sini.

Tak pasti nak mula dekat mana? Tanya dulu.

Anda tak perlu terus tahu pelan mana yang sesuai. Kongsi apa yang anda nak faham, dan kita mula dari situ. Kalau coverage anda dah sesuai, Alhamdulillah. Kalau ada yang perlu diperbaiki, sekurang-kurangnya anda tahu pilihan yang ada.

Semakan awal percuma. Tiada obligasi untuk memohon.

Tanya Diha Semakan Coverage
Tanya Diha